Interaksi 1

 

Topik 1: Penggunaan Enjin Pencari Untuk Bahan Bahasa Melayu

1.1 Menilai dan menggunakan Enjin Pencari yang sesuai untuk penggunaan bilik darjah

Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa melayunya hasil muka carian dalam enjin carian. (Sumber: https://www.ciktom.com/apa-itu-enjin-carian/#ixzz3t7PryOdU)

 

    Jenis-jenis enjin pencari ialah seperti berikut:

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.2 Menggunakan fitur web, video, audio dan imej

Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat.Lazimnya web mempunyai hiper pautan(hyperlinks) teks,imej grafik,audio dan video.Setiap halaman web mempunyai alamat yang unik yang dikenali sebagai URL.Taip sahaja alamat dalam enjin pencarian seperti Google,pengguna boleh mendapatkan pelbagai bahan.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.3 Menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Kata kunci hendaklah ditaip dalam ruangan enjin pencarian.Enjin pencarian menyediakan kemudahan untuk mencari bahan-bahan dalam bentuk teks(web), imej dan video.Klik menu yang dinyatakan pada bahagian bawah ruangan enjin pencari untuk memilih bahan-bahan.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.4 Menyimpan bahan dalam bentuk perkongsian fail Internet melalui penanda laman web(book marks)

Pengguna boleh menyimpan bahan untuk kegunaan pada masa akan datang dengan klik ikon "bintang".Bahan tersebut disimpan dalam penanda halaman dan boleh dicapai semula dengan klik ikon di sebelah kanan ikon "bintang".

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.5 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks

Bahan-bahan yang telah dikumpul boleh dikategorikan kepada jenis-jenis tertentu seperti bahan teks,video,audio dan grafik untuk memudahkan penggunaannya.Penyimpanan dan pengkategorian boleh dibuat dalam bentuk katalog internet.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.6 Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa

Pengumpulan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemahiran bahasa ke dalam folder dibuat secara sistematik.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.7 Berkongsi bahan dalam talian secara pengkomputeran awan(cloud computing)

Teknologi menyimpan dan berkongsi bahan secara pengkomputeran awan membolehkan pengguna menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih.Pengkomputeran awan adalah proses yang membolehkan pengguna menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen,gambar,klip lagu,rakaman suara dan video.Contoh aplikasi teknologi ini ialah 4share,Google apps dan slideshare.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

1.8 Berkongsi bahan secara usaha kolaboratif melalui penggunaan penanda sosial(social bookmark)

Penanda sosial ialah satu kaedah bagi pengguna internet untuk mengorganisasi,menyimpan mengelola dan mencari penanada sumber yang tersedia secara online.Pengguna boleh menyimpan dan berkongsi bahan secara kolektif secara atas talian dengan pengguna lain.Antara penanda sosial yang terkenal ialah facebook,Twitter dan MySpace.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

 

Topik 2: Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

 

2.1 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

Garis panduan dan etika penggunaan internet perlu diketahui supaya tidak berlaku penyelewengan dan kesalahan dari segi undang-undang siber dan hak cipta.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

2.2 Menghasilkan bahan dalam atau luar talian tentang garis panduan dan etika penggunaan internet dengan menggunakan perisian yang sesuai

2.3 Mengaplikasikan pengetahuan tentang jenis hak cipta dan lesen hak cipta umum untuk bahan dalam talian bagi penggunaan pendidikan

Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hak Cipta 1987.Hak cipta melindungi sesuatu hasil karya yang ditulis tanpa kebenaran tuan punya hak cipta termasuk larangan meniru sesuatu hasil kerja, menghalang aktiviti-aktiviti seperti melakukan adaptasi,mempersembahkan mempamerkan atau menyiarkan sesuatu hasil kerja.

Antara hasil karya yang dilingungi oleh Akta Hak Cipta 1987 ialah karya sastera,karya muzik,karya seni,filem rakaman bunyi dan siaran.Salah satu contoh perlanggaran hak cipta ialah perbuatan pembuangan atau pengubahan maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran pemilik hasil karya.Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada perlanggaran hak cipta seperti pelajar yang mengambil maklumat untuk penyelidikan yang bukan untuk mencari keuntungan.Dalam hal ini,perlu dinyatakan sumber asal maklumat yang diperoleh untuk memperakukan pencipta atau pemilik asal karya tersebut.

Pemilik hak cipta boleh mengambil tindakan sivil dengan menyaman orang yang melakukan perlanggaran hak cipta.Hukuman seperti penjara dan denda boleh dikenakan atas perlanggaran hak cipta.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

2.4 Mengaplikasikan aspek perundangan dalam mendapatkan bahan yang boleh digunakan di dalam bilik darjah

Pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan.Ada kalanya kita perlu mengemukakan bayaran supaya dapat menggunakan bahan berkenaan.Bahan-bahan daripada internet adalah sama seperti bahan bercetak iaitu kita tidak boleh memuat turun tanpa kebenaran tuan punya.Pengguna perlu berhati-hati dengan penggunaan perisian cetak rompak kerana cetak rompak merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang hak cipta terpelihara Malaysia.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)