Interaksi 7

 

Topik 9-Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

9.1 Mengadakan Seminar

    Seminar adalah satu saluran ilmu yang dilaksanakan melalui dialog dengan seorang moderator.Seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik ilmiah yang khusus.

    Ciri-ciri seminar Bahasa Melayu yang berkonsepkan TMK

    a)Disampaikan oleh orang yang berkepentingan seperti tokoh-tokoh akademik,pakar-pakar bidang dan profesor.

    b)Memberi peluang berdiskusi berkaitan PdP Bahasa Melayu berbantukan komputer antara panel dan peserta.

    c)Menggalakkan peserta mengambil bahagian secara aktif dan perkongsian ilmu dalam seminar.

    d)Membentangkan kertas kerja dan membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan TMK.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

9.2 Mengadakan pameran TMK

    Pameran adalah satu ruang komunikasi yang di dalamnya terdiri daripada penyampai pameran itu sendiri kepada kumpulan sasarannya yang terdiri daripada pelbagai pihak yang mempunyai tujuan tertentu.

    Ciri-ciri pameran TMK dalam PdP Bahasa Melayu:

    a)Mempamerkan bahan Bahasa Melayu berbantukan komputer.

    b)Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang.

    c)Menonjolkan kajian terkini dan masa hadapan.

    d)Membantu mempromosikan inovasi

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)