Interaksi 6

 

Topik 8-Pengaplikasian Penilaian Digital Pelajar Untuk Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

8.1 Penggunaan e-Portfolio Pelajar

    e-Portfolio merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada atas talian iaitu berasaskan web atau media seperti cakera optik(CD ROM).e-Portfolio pelajar dapat menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan pelajar dalam bidang yang dipelajari dan tugasan yang diberi.e-Portfolio dapat memudahkan pensyarah dan pelajar kerana mudah untuk mencapai dokumen dan bahan bukti yang relevan apabila diperlukan.Selain itu,dapat mencapai laman web yang kita ingini dengan pantas serta dapat berkongsi maklumat dengan orang lain.Selain ePortfolio Pelajar,jenis-jenis e-Portfolio lain ialah e-Portfolio Pengajaran,e-Portfolio Kursus dan e-Portfolio Showcase.Terdapat banyak laman web yang menyediakan kemudahan untuk membina e-Portfolio secara percuma atau berbayar seperti Webnode,WordPress dan Googlesites.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

8.2 Penggunaan Penceritaan Digital

    Penceritaan digital merupakan penyampaian cerita dalam bentuk visual digital menerusi peralatan komputer dan teknologi multimedia.Cerita adalah teknik yang dapat meningkatkan aras membaca,menulis,bertutur dan mendengar.Penceritaan digital menyediakan kemudahan akses kepada pelajar supaya dapat berkolaborasi dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah.Penceritaan disediakan melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan aplikasi Movie Maker.Penceritaan digital dapat mengembangkan kemahiran teknologi abad ke-21,meningkatkan motivasi dan kreativiti pelajar.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

8.3 Penggunaan Alat Komunikasi Atas Talian Untuk Maklumbalas Kepada Pelajar

    Komunikasi di ruang maya berlaku secara sinkroni(pada masa yang sama) atau asinkroni(pada masa tidak sama).Jenis-jenis alat komunikasi atas talian antaranya ialah E-mail,Facebook,Twitter,whatsapp,Instagram dan e-Forum.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)