Interaksi 5

 

Topik 7-Pengeditan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

7.1 Mengedit Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian Berdasarkan Perancangan dan Papan Cerita

    Antara perisian percuma dalam internet ialah Webnode,Zoho,Google docs,Brochure maker dan Photo editing.Pengguna perlu mahir menggunakan perisian, tidak melanggar syarat dan terma perisian dan menggunakan bahan yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

7.2 Membina Bahan Video dan Audio untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

    Elemen multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang besar dalam peningkatan PdP pelajar.Pelajar dapat menumpukan perhatian dan tidak mudah merasa ketika proses PdP berlaku.Antara teknologi yang dapat menarik minat pelajar ialah video dan audio sama ada digunakan dalam set induksi atau aktiviti pembelajaran.Video dan audio perlu dipilih berdasarkan kesesuaian kumpulan sasaran dan kemahiran yang ingin disampaikan.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

7.3 Pengajaran Bahasa Melayu secara Sidang Video

    Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa sidang video ialah kuliah,seminar,tutorial,tunjukcara,ceramah, dan persidangan melalui perisian seperti SKYPE,Yahoo Messenger dan Google Talk.Kelebihan menggunakan sidang video dapat mengurangkan kos perjalanan dan mempertingkatkan komunikasi. Kelemahan teknologi ini antaranya ialah memerlukan perkakasan dan perisian yang mahal serta memerlukan kemahiran untuk mengaplikasikannya.

(Sumber: Modul BMM2064,Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)

7.4 Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

    Alat pengarangan adalah sebuah program untuk menulis aplikasi multimedia yang membolehkan pembinaan aplikasi terkini dengan menyambung bersama objek seperti perenggan teks,grafik atau video.Alat pengarangan dapat menghasilkan satu persembahan yang menarik sebagai aplikasi multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Jenis-jenis alat pengarangan ialah Ms Powerpoint,Linkway,Toolbook dan Authorware.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendididkan Guru Malaysia)

7.5 Menggunakan Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

    Animasi merujuk kepada proses menjadikan sesuatu objek gambaran bergerak daripada dasarnya yang bersifat statik.Penggunaan animasi dapat menceriakan proses penyampaian,pelajar lebih fokus dan mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks.Penggunaan animasi membantu pelajar membina peta konsep serta meningkatkan kefahaman,seterusnya meningkatkan keberkesanan PdP.

(Sumber: Modul BMM2064, Bahagian Pendidikan Guru Malaysia)